Keputusan PRK dijangka 10 malam -SPR
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun, menjangkakan keputusan PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag dapat diketahui seawal pukul 10 malam Sabtu. Jangkaan itu dibuat selepas menilai faktor geografi serta jarak pusat pengundian di kawasan pedalaman.
