Keputusan STPM 2023 akan dikeluarkan pada 23 Julai - MPM
Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2023 akan dikeluarkan pada 23 Julai, Selasa depan.
Menurut Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) sejumlah 41,548 calon telah menduduki peperiksaan tersebut di 657 buah pusat peperiksaan di seluruh negara.