Kerajaan fokus ketersambungan infrastruktur dan keselamatan
Pembangunan Nusantara, ibu kota baharu Indonesia di Kalimantan bukan sahaja akan mengeratkan hubungan dua negara tetapi akan merancakkan lagi ekonomi di kedua dua pihak khususnya di Sabah dan Sarawak.
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata ada dua aspek yang diberi penekanan oleh kerajaan iaitu memastikan ketersambungan infrastruktur dipertingkat.