MENLO PARK: Threads sedang menguji ciri perkongsian baharu melibatkan sekumpulan kecil pengguna yang dikenali sebagai Threads Friends, lapor Amanz.
Melalui ciri itu, pengguna boleh menambah sehingga 50 rakan dan memilih untuk berkongsi kandungan hanya kepada kumpulan Threads Friends berbanding secara awam di platform berkenaan.
Langkah itu membolehkan pengguna berkongsi perkembangan peribadi dengan sekumpulan kecil individu yang dipercayai tanpa perlu membuat hantaran terbuka atau menggunakan mesej langsung (DM).
Ciri baharu itu dilaporkan sedang diuji di Ireland, Itali dan Jepun sebelum diperluaskan secara berperingkat ke pasaran lain.