Kerajaan komited hulur bantuan, gerak usaha diplomatik - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan komitmen kerajaan untuk membantu 34 rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla 2025 ke Gaza, serta lebih 500 peserta rombongan dari pelbagai negara yang kini berdepan situasi mencabar di wilayah bergolak itu.