'Kiamat' politik sekiranya UMNO dan DAP bekerjasama
Kiamat politik akan berlaku kepada UMNO dan DAP sekiranya wujud kerjasama antara kedua-dua parti itu di Perak.
Pensyarah Jabatan Pengajian Pentadbiran Dan Politik Universiti Malaya (UM). Dr Mohammad Tawfik Yaakob berpendapat, sekiranya UMNO dan DAP bekerjasama, kesannya akan dirasai kedua-dua parti di seluruh negara bukan hanya di Perak.