Kita tidak bercadang untuk memperkenalkan GST - Anwar Ibrahim
"Kerajaan tidak bercadang untuk memperkenalkan GST," kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata kerajaan akan perketatkan pengurangan subsidi bagi golongan kaya berbanding memperkenalkan cukai kepenggunaan berasas luas.
Ini antara usaha untuk meningkatkan hasil tanpa membebankan rakyat.