Konvoi bantuan antarabangsa hampiri Gaza cuba tembusi sekatan Israel
Pada 26 Julai lepas, tentera laut Israel memintas kapal bantuan Handala ketika menghampiri pantai Gaza dan mengiringinya ke pelabuhan Ashdod. Kapal itu ketika itu berada kira-kira 70 batu nautika dari Gaza, melepasi jarak yang dicapai kapal Madleen, iaitu 110 batu nautika sebelum turut disekat.