Korban kereta api kelajuan tinggi Sepanyol meningkat 40 orang
Sekurang-kurangnya 40 orang terbunuh dalam satu kemalangan kereta api berkelajuan tinggi di selatan Sepanyol selepas sebuah tren tergelincir dan merempuh sebuah lagi tren yang datang dari arah bertentangan pada malam Ahad, dalam apa yang disifatkan sebagai antara tragedi rel paling buruk di Eropah dalam tempoh 80 tahun.
