Korban runtuhan bangunan di Fez Maghribi meningkat 22
Sekurang-kurangnya 22 maut manakala 16 cedera selepas dua bangunan kediaman runtuh di Fez, Maghribi. Insiden berlaku ketika sebuah majlis Aqiqah sedang berlangsung, mencetuskan kebimbangan terhadap keselamatan bangunan lama di negara tersebut.
