#KPTPrihatin | KPT sasar lebih ramai siswa sertai briged sukarelawan
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menyasarkan lebih ramai mahasiswa terlibat sebagai sukarelawan menerusi penubuhan briged sukarelawan IPT #KPTPrihatin bagi menghadapi apa jua bentuk bencana alam termasuk banjir.
Menterinya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, usaha itu sekaligus membantu kesiapsiagaan agensi kerajaan berdepan bencana berkenaan.