Sarawak memerlukan lebih ramai peguam syarie
Sarawak memerlukan lebih ramai peguam syarie untuk menangani permintaan khidmat nasihat perundangan syariah yang semakin meningkat di negeri itu.
Presiden Persatuan Syarie Sarawak, Harizan Hamzah memaklumkan pentingnya adaptasi institusi perundangan syariah dengan ekosistem masyarakat yang mencabar agar tetap relevan dengan situasi semasa.