Krisis Ukraine-Rusia | Rusia jamin keselamatan tapak nuklear Chernobyl
Kementerian Pertahanan Rusia memberi jaminan akan memastikan keselamatan radioaktif di tapak Loji Kuasa Nuklear Chernobyl, Ukraine, setelah berjaya menempatkan tenteranya di kawasan itu pada Jumaat.
Katanya, tentera dan kakitangan perkhidmatan kebangsaan Ukraine kekal di wilayah itu bagi memastikan keselamatan radioaktif, sekali gus mengelak sebarang provokasi nuklear.