Kutipan Baitulmal Sarawak meningkat kepada RM4.5 juta
Kutipan Zakat Fitrah Sarawak meningkat sedikit kepada RM4.5 juta pada 2023 berbanding tahun sebelumnya.
Jelas Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) Datu Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie peningkatan kecil itu berpunca kadar zakat fitrah yang kekal RM7 seorang tahun ini.