Lebih 714 ribu warga Palestin hilang tempat tinggal di Gaza - UNRWA
Lebih 714,000 orang hilang tempat tinggal di Semenanjung Gaza sejak Israel menyambung semula serangannya pada 18 Mac lalu, menurut Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) pada Jumaat.