Lelaki pecahkan cermin kereta jiran akibat tekanan tiada kerja
Akibat mengalami tekanan kerana hilang pekerjaan dan mendakwa jiran sering membuat bising, seorang lelaki bertindak memecahkan cermin kereta jirannya itu di Taman Puchong Perdana, Puchong, Selangor, pada Khamis lepas.