KTMB siasat lelaki pandu kereta masuk landasan kereta api
Pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sedang menyiasat kejadian tular individu memandu kereta sehingga memasuki kawasan landasan Stesen KTMB Jalan Limbungan di Pelabuhan Klang pada Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Lim Jit Huey berkata, dalam kejadian 11.40 malam itu, lelaki warga tempatan berusia 60 tahun berkenaan dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari Kuala Lumpur.