Lima syarikat telekomunikasi dikompaun
Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengeluarkan 15 kompaun bernilai RM750 ribu kepada lima syarikat telekomunikasi atas kesalahan pendaftaran kad sim prabayar tanpa membuat pengesahan maklumat pengguna.
Tindakan itu dibuat berdasarkan kepada audit yang dijalankan di Pahang, Kelantan dan Terengganu bagi tempoh antara Ogos hingga Oktober tahun lalu.