Lumba Haram | 21 bengkel motosikal diserbu
Polis Pulau Pinang menyerbu dua bengkel motosikal yang dipercayai menjadi lokasi pengubahsuaian bagi aktiviti merempit dan lumba haram di negeri itu pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata setakat ini pihaknya telah mengenal pasti 21 bengkel motosikal yang dipercayai terlibat dalam aktiviti itu.