Skip to main content

Malaysia

Kanak-kanak lelaki hilang ketika riadah ditemukan lemas pagi ini

Ibu bapa kepada kanak-kanak lelaki, Muhammad Muiz Muhammad Luqman, 2, tidak dapat menahan sebak selepas anaknya ditemukan meninggal dunia pada 10.29 pagi ini. - Foto Bernama
Ibu bapa kepada kanak-kanak lelaki, Muhammad Muiz Muhammad Luqman, 2, tidak dapat menahan sebak selepas anaknya ditemukan meninggal dunia pada 10.29 pagi ini. - Foto Bernama

Ringkasan AI

  • Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun 10 bulan ditemukan lemas selepas hilang ketika beriadah bersama keluarga di Dataran Sungai Jahang, Kampung Jahang.
  • Mangsa dijumpai pada 10.29 pagi kira-kira lima kilometer dari lokasi dipercayai hanyut, selepas operasi mencari dan menyelamat disambung pagi ini.
  • Operasi SAR melibatkan 10 anggota bomba, 12 anggota polis, 30 penduduk setempat, pengusaha water rafting serta dua ekor anjing Unit K9 JBPM.
Advertisement

GOPENG: Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun 10 bulan ditemukan lemas pagi ini selepas hilang ketika beriadah dengan keluarganya di Dataran Sungai Jahang, Kampung Jahang, dekat sini semalam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata mangsa, Muhammad Muiz Muhammad Luqman dijumpai pada 10.29 pagi kira-kira lima kilometer dari tempat mangsa dipercayai hanyut.

Terdahulu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) disambung pagi ini membabitkan 10 anggota bomba, 12 anggota polis serta kira-kira 30 penduduk setempat dan pengusaha aktiviti water rafting yang membantu pencarian menggunakan bot water rafting.

Advertisement

Dua ekor anjing daripada Unit Anjing Pengesan (K9) JBPM turut digerakkan bagi membantu pencarian di sepanjang tebing sungai dari lokasi mangsa dipercayai hilang hingga Jambatan Sungai Kampar di Kuala Dipang.

Semalam, bomba menerima panggilan kejadian pada 12.06 tengah hari sebelum sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng bergegas ke tempat kejadian.

Advertisement

Mangsa dipercayai datang bersama-sama keluarganya dari Tronoh pada 10.30 pagi semalam ke kawasan berkenaan sebelum mangsa didapati hilang dari tempat bermain di tepi sungai sejam selepas itu.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement