MAG fail injunksi halang AirAsia jual tiketnya
Malaysian Aviation Group (MAG) mengesahkan bahawa satu injunksi telah difailkan untuk menghalang AirAsia daripada menjual tiket Malaysia Airlines. Pengarah Urusan MAG, Kapten Izham Ismail, berkata MAG telah memfailkan injunksi itu kerana ia tidak dapat mencapai persetujuan komersial sebelum ini, dan AirAsia terus menjual inventori kumpulan itu.