Mahkamah Konstitusi Indonesia batalkan Tapera, anggap skim tidak adil
Program Tabungan Perumahan Rakyat (Tapera) di Indonesia kini dalam keadaan tergantung selepas Mahkamah Konstitusi membatalkan sepenuhnya Undang-Undang Tapera 2016.
Keputusan itu dibuat pada Isnin selepas hakim menyatakan, sumbangan wajib daripada pekerja dan majikan dianggap sebagai beban yang tidak adil bagi kedua-dua pihak.