Majlis Perlembagaan Iran lulus pelan gantung kerjasama IAEA
Iran menggantung semua bentuk kerjasama dengan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) selepas Majlis Perlembagaan negara itu meluluskan pelan yang telahpun diratifikasi parlimen. Langkah itu dibuat atas alasan pencabulan kedaulatan dan ancaman keselamatan oleh Amerika Syarikat dan Israel