"Makanan dicatu, semangkuk bubur dikongsi tiga" - Pelajar UUM
"Bantuan makanan yang diterima terpaksa dikongsi bertiga selain terputus bekalan air bersih dan elektrik lebih lima hari"
Itu antara pengalaman yang diceritakan pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) ketika terkandas di Hatyai, Thailand sejak hampir seminggu yang lalu akibat banjir yang berlaku di bandar berkenaan.
