Menghentikan sementara pembiayaan UNRWA adalah tidak wajar
Jurucakap Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, mengkritik tindakan beberapa negara yang menghentikan sementara pembiayaan kepada tabung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA). Nabil Abu Rudeineh berkata tindakan itu dilihat sebagai tidak wajar memandangkan keadaan semasa yang terus mendesak dan harus ditarik balik serta-merta.