Menteri KBS lawat Sabah, Sarawak setiap bulan
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh akan melawat Sabah dan Sarawak secara bergilir setiap bulan untuk mendapatkan maklumat dan meninjau status kemudahan sukan di negeri berkenaan.
Menurutnya, selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), beliau mahu KBS turut menjalinkan kerjasama erat dengan Sabah dan Sarawak.