Skip to main content
Advertisement

Malaysia

Shahir tinggalkan pentas GV13

Penyanyi Shahir reda apabila menerima markah paling rendah dan sekaligus menjadi bintang pertama yang tersingkir di minggu keempat GVF manakala Stacy kembali merampas kedudukan Zahid di tempat pertama apabila meraih markah tertinggi pada minggu ini. - Gambar Gempak
Penyanyi Shahir reda apabila menerima markah paling rendah dan sekaligus menjadi bintang pertama yang tersingkir di minggu keempat GVF manakala Stacy kembali merampas kedudukan Zahid di tempat pertama apabila meraih markah tertinggi pada minggu ini. - Gambar Gempak
Advertisement

KUALA LUMPUR: Shahir yang membawakan lagu Purnama  gagal meneruskan cabaran selepas memperoleh markah terendah daripada barisan juri.

Penyingkiran itu sekali gus menamatkan perjalanan penyanyi berkenaan yang sebelum ini bersaing bersama 12 peserta lain dalam merebut gelaran juara GV13 gagal meneruskan ke peringkat seterusnya.

Sementara, Stacy kembali merampas kedudukan Zahid di tempat pertama apabila meraih markah tertinggi pada minggu ini.

Advertisement

GV13 musim ke empat menampilkan persembahan Zahid menerusi lagu Sekadar Di Pinggiran, Stacy (Purnama Merindu), Akim (Mahakarya Cinta) dan Mila (Sampai Bila).

Ara Johari pula menyampaikan lagu Tiada Tangis Lagi, manakala Mawi memilih Suci Dalam Debu dan Vince Chong membawakan lagu All Of Me.

Advertisement

Faizal Ramly turut menghiburkan penonton menerusi Selingkar Kasih, Shahir Zawawi (Purnama), Felix Agus (Kita Ditakdirkan Jatuh Cinta), Farah Anuar (Samar Bayangan), Firman Bansir (Semalam Yang Hangat) dan Faizul Sany (Itu Kamu).

Penyingkiran peserta AF musim ke-8 itu sekali gus membuka lembaran baharu persaingan GV13 apabila 12 peserta yang masih bertahan perlu meneruskan cabaran bagi merebut gelaran juara musim ini.

Antara bekas juara yang kembali ialah Vince Chong (AF1), Zahid Baharuddin (AF2), Mawi (AF3), Faizal Ramly (AF4), Mila Jirin (AF5), Stacy (AF6), Shahir Zawawi (AF8), Faizul Sany (AF2013) dan Firman Bansir (AF2014).

Empat peserta Hot Seat pula ialah Akim Ahmad, Farah Anuar, Felix Agus dan Ara

Program yang berlangsung selama 11 minggu berisaran setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104) itu dikendalikan Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad, manakala Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta Datuk Syafinaz Selamat bertindak sebagai juri tetap.

Program ini turut boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan Sooka.

Must Watch Video

Advertisement