Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 29 November 2026.
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 29 November 2026.
Advertisement

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 29 November 2026.

  1.  Ujian MySiren: Orang ramai mula terima notifikasi kecemasan

    Orang ramai hari ini mula menerima notifikasi kecemasan menerusi ujian Sistem Amaran Awal Nasional (MySiren) yang dilaksanakan secara serentak di seluruh negara bermula 10.10 hingga 10.30 pagi ini.

  2. Ketekunan Tengku Ampuan Pahang tuntut ilmu jadi inspirasi - KSN

    Ketekunan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam menuntut ilmu sehingga peringkat ijazah sarjana wajar dijadikan teladan kepada semua untuk terus menimba pengetahuan pada setiap peringkat kehidupan, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Shamsul Azri Abu Bakar.

  3. Malaysia perlu waspada kegiatan Mossad Israel di negara jiran - Anwar

    MKN diminta memaklumkan rakyat mengenai perkembangan tersebut, termasuk pembelian tanah oleh pihak dikaitkan Israel di beberapa lokasi di Thailand.

  4. Mohd Shuhaily kembali ke Bukit Aman?

    Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilaporkan kembali berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia dan ditempatkan di bawah pejabat Ketua Polis Negara.

  5. Kontroversi lumba jalan kaki: Dr Mohammed Taufiq mahu penjelasan terbuka

    Pihak penganjur dan panel hakim bagi kejohanan tersebut perlu memberikan penjelasan secara terbuka kepada atlet serta ibu bapa terlibat bagi menjelaskan keadaan sebenar.

  6. Transformasi kesihatan digital mesti pastikan warga emas tidak terpinggir - Dr Wan Azizah

    Transformasi digital dalam penjagaan kesihatan mesti dilaksanakan secara inklusif bagi memastikan golongan rentan, khususnya warga emas, tidak terpinggir ketika Malaysia menuju status negara tua menjelang 2048, kata isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

  7. Tengku Ampuan Pahang dedah ‘berhutang’ RM2,450 dengan UIAM

    Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mencuri perhatian apabila secara berseloroh mendedahkan baginda masih ‘berhutang’ RM2,450 dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bagi yuran penilaian tesis dan konvokesyen, meskipun Senat sudah meluluskan penganugerahan ijazah Sarjana baginda.

  8. Saya musuh kepada pengkhianat negara, kata Anwar

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan  penyalahgunaan aset ketenteraan bagi tujuan penyeludupan dadah merupakan perbuatan mengkhianati negara yang tidak boleh diterima.

  9. BAP: Ibu bapa diminta hadir ke sekolah untuk tahu prestasi anak - Anwar

    Keputusan meminta ibu bapa hadir ke sekolah bagi menerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP) RM200 bagi sesi persekolahan 2027 adalah untuk memastikan mereka turut memainkan peranan dalam memantau perkembangan dan prestasi pendidikan anak masing-masing.

  10. KSN ucap tahniah kepada Prof Norazah tersenarai saintis terunggul dunia

    Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mengucapkan tahniah kepada ahli akademik Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Datuk Dr Norazah Mohd Suki atas kejayaannya tersenarai dalam World’s Top 2% Scientists List selama lapan tahun berturut-turut dari 2019 hingga 2026.

Must Watch Video

Advertisement