Mesin ATM diletup, tiga suspek terlibat, kerugian RM409,000
Polis mengesahkan tiga suspek terlibat dalam kejadian letupan dua mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebuah bank di Setia Alam, jam 6 pagi, pada Khamis.
Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, satu daripada mesin atm tersebut dibuka dan kerugian dianggarkan bernilai RM409,000.