Moderna yakin 20 juta dos vaksin diperoleh menjelang akhir tahun
Syarikat Farmaseutikal Moderna yakin kira-kira 20 juta dos vaksin COVID-19 akan dapat diperoleh sehingga akhir tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Moderna, Stephane Bancel berkata, daripada jumlah itu, 7 juta dos sudah siap dihasilkan dan diletakkan dalam tempat simpanan sejuk beku.
