MOM kaji skim pencen atlit negara
Majlis Olimpik Malaysia sedang mengkaji skim pencen atlit dari beberapa buah negara untuk dibentangkan dalam mesyuarat khas pada masa terdekat.
Presiden MOM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria memaklumkan wartawan, Bazly Azmi - ia bagi mengkaji kaedah dan struktur pembayaran terbaik selepas Menteri Belia dan Sukan membawa cadangan itu ke Parlimen.