Monarki British | Putera William sokong keputusan negara Merdeka
Duke of Cambridge, Putera William menyuarakan sokongannya kepada negara-negara yang telah memutuskan hubungan bersama monarki British.
Ia selepas Perdana Menteri Jamaica baru-baru ini menyatakan hasrat negara itu untuk mencapai kemerdekaan penuh.
Kata William ketika menyampaikan ucapan di Bahamas, beliau akan menyokong keputusan negara untuk menentukan masa depan sendiri.