RM10 bilion sokong kelangsungan PKS negara - Akmal Nasrullah
Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir menegaskan kerajaan serius menangani isu kehilangan pekerjaan dan pengecilan operasi susulan ketidaktentuan ekonomi global serta gangguan rantaian bekalan.
Antara langkah utama termasuk peruntukan RM5 bilion kemudahan Bantuan Kestabilan PKS di bawah Dana Bank Negara Malaysia dan tambahan RM5 bilion menerusi Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) bagi memastikan kelangsungan operasi perusahaan kecil dan sederhana.