Muhammad Azeem bantu Universiti Auburn ungguli 4x100m
Pelari pecut sensasi negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi terus menampilkan larian bertenaga bagi membantu kuartet 4x100 meter lelaki Universiti Auburn meraih emas pada Kejohanan Olahraga Jemputan Tom Jones Memorial 2024 di Gainesville, Florida, Amerika Syarikat.