Nahas Pesawat | Anggota penyelamat masih mencari kotak hitam kedua
Hampir seminggu selepas pesawat China Eastern terhempas di pergunungan di selatan China, ratusan anggota penyelamat masih meneruskan operasi pencarian kotak hitam kedua pesawat tersebut.
Tiada mangsa dijumpai setakat ini dan anggota penyelamat turut mencari serpihan pesawat dan barang peribadi milik 132 penumpang pesawat.