Skip to main content

Malaysia

GP Malaysia 2026: Hakim Danish raih petak ketiga

Pelumba berusia 19 tahun itu berkata terdapat beberapa aspek perlu diperbaiki bagi memastikan beliau dapat menampilkan aksi terbaik dalam perlumbaan esok. - Foto Bernama
Pelumba berusia 19 tahun itu berkata terdapat beberapa aspek perlu diperbaiki bagi memastikan beliau dapat menampilkan aksi terbaik dalam perlumbaan esok. - Foto Bernama

Advertisement

Ringkasan AI

  • Muhammad Hakim Danish Ramli meraih petak ketiga pada sesi kelayakan Moto3 GP Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang.
  • Hakim Danish mencatat masa 2:10.52s, hanya 0.133s di belakang Maximo Quiles yang meraih petak utama.
  • Pelumba berusia 19 tahun itu menyatakan kedudukan barisan hadapan penting dan akan memperbaiki prestasi untuk perlumbaan esok.
Advertisement

SEPANG: Pelumba Moto3 negara Muhammad Hakim Danish Ramli meletakkan dirinya dalam kedudukan terbaik untuk memburu podium Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2026 selepas meraih petak ketiga pada sesi kelayakan di Litar Antarabangsa Sepang hari ini.

Pelumba AEON Credit-MT Helmets-MSI itu mencatat masa dua minit 10.52 saat (s), sekali gus memastikan beliau memulakan perlumbaan dari barisan hadapan grid, esok.

Hakim Danish hanya ketinggalan 0.133s di belakang pelumba Sepanyol Maximo Quiles daripada CFMOTO Gaviota Aspar Team yang meraih petak utama selepas mencatat masa terpantas 2:10.39s.

Advertisement

Seorang lagi pelumba Sepanyol, Brian Uriarte daripada Red Bull KTM Ajo meraih petak kedua dengan 2:10.48s.

Mengulas pencapaiannya, Hakim Danish berkata kedudukan di barisan hadapan amat penting dalam usahanya memburu podium pada perlumbaan esok, namun mengakui terpaksa bekerja keras sepanjang sesi kelayakan yang disifatkannya mencabar.

Advertisement

“Syukur Alhamdulillah, saya sangat gembira dapat memperoleh P3 dalam sesi kelayakan tadi. Bagi saya, sesi kelayakan bukan mudah tetapi saya bekerja keras dan setiap pusingan saya cuba memberikan yang terbaik untuk mendapatkan tempat di barisan hadapan.

“Sudah tentu, memulakan perlumbaan dari barisan hadapan esok sangat penting untuk memastikan saya dapat berada dalam kelompok handalan dan bersaing dengan pelumba-pelumba pantas hingga tamat perlumbaan,” katanya kepada pemberita selepas sesi kelayakan di sini hari ini. 

Pelumba berusia 19 tahun itu berkata terdapat beberapa aspek perlu diperbaiki bagi memastikan beliau dapat menampilkan aksi terbaik dalam perlumbaan esok.

“Saya rasa sektor satu dan tiga masih perlu diperbaiki sedikit. Untuk esok, saya akan cuba meningkatkan prestasi di bahagian itu. Sebelum tiba di GP Malaysia, saya juga agak risau untuk beraksi di laman sendiri, tetapi saya tidak patah semangat dan sentiasa berfikiran positif untuk memberikan terbaik,” katanya. 

Dalam sesi kelayakan pertama (Q1), pelumba Sepanyol Angel Cruces daripada CIP Green Power muncul terpantas dengan catatan 2:11.414s.

Pelumba Itali Guido Pini (Leopard Racing) menduduki tempat kedua dengan 2:11.614s, diikuti pelumba Jepun Ryusei Yamanaka (AEON Credit-MT Helmets-MSI) ketiga dengan masa 2:11.665s.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement