Nahas Pesawat | Penyelamat temui kotak hitam, kini cari perakam data
Nepal mengisytiharkan tempoh berkabung mulai Isnin, sehari selepas sebuah pesawat terhempas ketika cuba mendarat di sebuah lapangan terbang, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 68 nyawa.
Anggota penyelamat meneruskan operasi mencari dan menyelamat, dengan dua lagi mayat ditemui pada Isnin pagi.