Naik taraf Rumah Panjang Richard Engking berusia 40 tahun
Berita gembira bagi penduduk Rumah Panjang Richard Engking dengan peruntukan lebih daripada 1.3 juta ringgit untuk projek menaik taraf sempena Hari Gawai tahun ini. Projek-projek yang akan dilaksanakan termasuk pembinaan jambatan konkrit, pembaikan pendawaian elektrik, dan pembaikan ruai.