Banjir | 104 rumah terjejas, terburuk sejak 40 tahun
Lebih 100 rumah terjejas dalam bencana banjir kilat di tanah rancangan Felda Chiku 2, Gua Musang, Kelantan susulan hujan lebat dalam tempoh setengah jam, pada Jumaat.
Hujan bermula kira-kira pukul 4.30 petang menyebabkan air banjir melimpahi rumah penduduk dalam tempoh 30 minit.