19 kawasan masih catat IPU tidak sihat setakat 11 pagi
Sebanyak 19 kawasan di Malaysia merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 11 pagi Isnin. Kapit, Sarawak mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 170, diikuti IPD Serian (167) dan Sri Aman (161), manakala Putrajaya serta beberapa lokasi di Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan turut berada pada tahap tidak sihat.