Netanyahu akan arah IDF capai semua objektif perang Gaza
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memaklumkan akan memanggil mesyuarat Kabinet Keselamatan minggu ini bagi mengeluarkan arahan kepada IDF untuk mencapai semua objektif perang di Gaza, termasuk menewaskan Hamas, membebaskan tebusan, dan memastikan Gaza tidak lagi menjadi ancaman terhadap Israel. Netanyahu menegaskan bahawa ketiga-tiga objektif itu mesti dicapai sepenuhnya, tanpa pengecualian.