Niaga AWANI: Suara Rakyat | ‘Bantu kami atasi masalah banjir sejak 50 tahun’
Terpaksa berdepan dengan kediaman dinaiki air akibat banjir sudah menjadi lumrah bagi penduduk-penduduk di Kampung Matang, Hulu Terengganu.
Mereka mengakui sukar, penat dan terbeban kerana terpaksa sering berulang alik ke pusat pemindahan sementara setiap kali banjir menjengah kediaman mereka.