'Nombor Bil' | dijadikan mandatori mulai esok - LHDN
'Nombor bil' akan digunakan sebagai rujukan mandatori bagi urusan pembayaran semua jenis cukai langsung kecuali bayaran potongan cukai bulanan (PCB) dan duti setem, berkuatkuasa 1 Januari 2023.
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam satu kenyataan memaklumkan maklumat berkaitan nombor bil boleh diperoleh melalui Portal Mytax di pautan Mytax.hasil.gov.my