Skip to main content

Dunia

Wanita dikaitkan skandal Nvidia kini berada di Beijing - Laporan

Alice Huang kini berada di ibu negara China tersebut dengan pengetahuan pihak keselamatan negara berkenaan. - Foto fail/REUTERS
Alice Huang kini berada di ibu negara China tersebut dengan pengetahuan pihak keselamatan negara berkenaan. - Foto fail/REUTERS
Advertisement

BEIJING: Seorang wanita yang dikaitkan dengan kontroversi yang melibatkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Nvidia, Jensen Huang, dilaporkan telah kembali ke China dan kini menetap di Beijing, menurut Bloomberg News.

Bloomberg melaporkan, berdasarkan maklumat daripada sumber yang mengetahui perkara itu, Alice Huang kini berada di ibu negara China tersebut dengan pengetahuan pihak keselamatan negara berkenaan.

Perkembangan itu berlaku ketika perhatian masih tertumpu kepada dakwaan yang mengaitkan Alice Huang dengan kontroversi yang sedang menyelubungi Jensen Huang.

Advertisement

Bagaimanapun, Reuters melaporkan bahawa pihaknya belum dapat mengesahkan secara bebas kebenaran laporan berkenaan.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak yang terlibat.

Advertisement

 

 

Must Watch Video

Advertisement