Operasi perlombongan Nikel di Raja Ampat digantung sementara
Kerajaan Indonesia telah mengarahkan pemberhentian sementara operasi perlombongan nikel oleh syarikat PT Gag Nikel di Pulau Gag, Raja Ampat, Papua Barat Daya.
Menteri Tenaga dan Sumber Mineral, Bahlil Lahadalia berkata, langkah ini diambil susulan kebimbangan terhadap kesan alam sekitar di kawasan pelancongan dan konservasi itu.