Pakar perubatan rugi RM529,200 akibat penipuan kripto
Seorang pakar perubatan berusia 67 tahun kerugian lebih RM500,000 selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan mata wang kripto yang diperkenalkan melalui TikTok. Mangsa membuat pindahan wang berjumlah RM320,000 ke beberapa akaun syarikat sebelum gagal mengeluarkan keuntungan.
