Pantau Belanjawan: SARA | Merangsang ekonomi melalui perbelanjaan domestik
Penghargaan SARA RM100 yang bernilai RM2 bilion disifatkan sebagai langkah berorientasikan domestik yang mampu merangsang permintaan dalam negara. Ia memberi kesan besar kepada golongan berpendapatan rendah kerana mereka cenderung membelanjakan hampir keseluruhan bantuan tersebut untuk keperluan asas.