PBB bukan penyelesaian, dunia perlu berani ambil jalan 'solo'
Negara yang cintakan keamanan sepatutnya tidak perlu bertoleransi dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam usaha menyelamatkan nyawa rakyat Gaza di Palestin.
Pengarah Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmaqdis Universiti Utara Malaysia, Dr Aminurrashid Yatiban berpendapat, ia terbukti apabila PBB hanya membisu selepas Israel terus-menerus meningkatkan serangan.