Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

PDRM laksana Op Lancar dan Selamat

PDRM laksana Op Lancar dan Selamat

Polis Diraja Malaysia akan melaksanakan Op Lancar pada Selasa dan Rabu ini bagi memastikan kelancaran pergerakan pengguna jalan raya dalam membuat persiapan menyambut Aidilfitri.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata fokus Op Lancar adalah di semua kawasan yang dijangka berlaku kesesakan aliran lalu lintas akibat pergerakan pengguna jalan raya.