Skip to main content
Advertisement
PERKESO laksana OP Kesan pantau pematuhan platform mulai 1 Oktober

PERKESO laksana OP Kesan pantau pematuhan platform mulai 1 Oktober

Pekerja e-hailing dan p-hailing bakal menerima perlindungan keselamatan sosial lebih menyeluruh menerusi Ops Kesan yang bermula 1 Oktober ini.

Operasi itu akan memberi tumpuan terhadap tahap pematuhan penyedia platform bagi memastikan pekerja gig tidak tercicir daripada perlindungan PERKESO, khususnya ketika berdepan kemalangan atau bencana pekerjaan.

Sementara itu, Festival Mega i-Lindung U di Strand Mall, Kota Damansara merekodkan kira-kira 30,000 pengunjung dalam tempoh dua hari, selain menawarkan 2,000 peluang pekerjaan dengan gaji antara RM2,000 hingga RM12,000.